28 October 2016

Houseboat Tasik Kenyir Terengganu

Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di Negeri Terengganu. Ia adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir (Stesen Janakuasa Sultan Mahmud) pada tahun 1985. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.



Houseboat Tasik Kenyir


Houseboat Tasik Kenyir berpusat di Pengkalan Gawi, 12 kilometer dari Empangan Kenyir. Sangat sesuai untuk kaki pancing ataupun anda ingin bercuti bersama keluarga untuk rehatkan minda kerana disini terdapat tempat-tempat menarik seprti Kelah Sanctuary, Taman Orkid, Taman Herba, Gua, Pulau, Air terjun dan pemandangan yang indah.

Kemudahan Houseboat

  • 2 Buah Speedboat
  • 4, 6, 10 Bilik Tidur
  • 1 Ruang Tamu ( karaoke dan astro )
  • 1 Ruang Dapur dan alat masak di sediakan ( makan & minum masak sendiri )
  • 1 Ruang Makan Ruangan memancing yang selesa
  • Seorang pemandu Houseboat & 2 orang pembantu

Aktiviti

  • Memancing pelbagai ikan (Toman, Kelah, Siakap, Lampan, Baung dan lain-lain lagi)
  • Kelah Sanctuary
  • Taman Negara
  • Photografi Air terjun
  • Bersantai Menghayati alam semula jadi
  • BBQ

Peta tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir

Tempat-tempat menarik

  • Kelah Sanctuary (Santuari kelah)
  • Gua Bewah
  • Gunung Taat
  • Sungai Petang
  • Sungai Terengan
  • Taman Negara
  • Sungai Cacing
  • Kuala Perpek
  • Air Terjun Lasir
  • Air Terjun Saok
  • Dan lain-lain


* Santuari Kelah ditutup pada bulan  November - Februari setiap tahun

Pakej SEWA HOUSEBOAT


Harga sewa & pakej Houseboat adalah berbantung kepada operator masing-masing. Anda boleh memilah syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Harga adalah seperti berikut:

2H 1M Dari Rm1400 - RM2700
3H 2M Dari RM2700 - RM4500
PAKEJ MAKAN : 2H 1M RM95.00 pax Dewasa
3H 2M RM165.00 pax Dewasa ( min 15orang )

Permata Kenyir Houseboat : 019-9566172/019-2982121
Seri Gawi Travel & Tours : 019-9273371
Seri Gagau Houseboat : 013-9794452/013-3422500/013-3432500
Square Kenyir Houseboat : 017-9817658

Tips & Panduan Houseboat Tasik Kenyir


Houseboat Tasik Kenyir dibuka sepanjang tahun walupon musim tengkujuh. Houseboat akan bertolak jam 9 pagi jadi anda boleh datang awal dah boleh bermalam di Houseboat jika datang malam sebelum bertolak. Banyak parking kereta disediakan cuma pada musim cuti kawasan parking mungkin penuh, jadi pastikan kereta anda tidak block kereta pengunjung lain.

Semasa percutian anda dalam Houseboat Tasik Kenyir pastikan anda menjaga kebersihan. Jika memilih pakej Houseboat sahaja tanpa makanan, anda boleh memasak sendiri kerana setiap Houseboat disediakan dengan dapur & peralatan memasak. Ada boleh membawa bahan-bahan masakan dari rumah atau boleh beli di kedai-kedai sekitar Pengkalan Gawi.

Memancing
Tasik Kenyir adalah syurga bagi kaki pancing. Pelbagai spesis ikan air tawar seperti Toman, Kelah, Sebarau, Siakap, Lampan, Baung dan sebagainya boleh didapati disini. Pemancing hanya perlu memilih jenis mata kail & tali kail yang sesuai. Jangan lupa membawa umpan, atau boleh gunakan palet sebagai umpan. Kawasan sekitar Houseboat memang dipenuhi dengan ikan Lampan. Ikan-ikan lain pula mungkin memerlukan anda menaiki Speedboat untuk mencari lubuk ikan. Anda boleh pandu sendiri Speedboat atau minta bantuan pembantu Houseboat.

Ikan Lampan sekitar houseboat


Keselamatan
Jika anda membawa anak kecil, awasi setiap masa. Sentiasa pakai jaket keselamatan.

Astro
Setiap Houseboat dilengkapi dengan Astro & Karaoke. Pastikan anda membawa makanan ringan untuk dimakan sepanjang percutian anda. Elektrik juga disediakan di atas Houseboat cuma mungkin tidak 24 jam.

Pakej 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam?
Kami cadangkan anda mengambil pakej 3 hari 2 malam kerana banyak aktiviti boleh dilakukan dalam masa 3 hari. Anda boleh memilih bermalam di lubuk ikan untuk memancing pada malam pertama dan bermalam berhampiran air terjun untuk malam ke 2.

GPS Kordinat
5.136704, 102.804119

Google Maps Pengkalan Gawi Jetty Houseboat




Ikan Toman Tasik Kenyir (Gambar sumber Google)




EmoticonEmoticon